Monday, 31 August 2015

Kuiz Perlombongan Bijih Timah

Kuiz Perlombongan Bijih Timah

1.  Apakah ciri-ciri ekonomi industri?

2.  Pada pendapat anda, mengapa penggunaan kapal korek dapat menyumbang perkembangan perlombongan bijih timah?

3. Apakah sebab-sebab pemodal cina memajak lombong-lombong bijih timah daripada  pembesar-pembesar melayu?

4.  Mengapakah para pembesar melayu tidak berjaya membekalkan bijih timah yang secukupnya akibatnya bergantung kepada orang melayu?

5. Mengapakah pihak British melibatkan diri secara besar-besaran dalam perlombongan bijih timah pada awal abad ke-20?

6. Pada pandangan anda, mengapakah pelabur Eropah berjaya menandingi pelombong Cina dalam industri perlombongan bijih timah di Tanah Melayu pada awal abad ke-20?

7. Nyatakan keadaan yang menyebabkan wujudnya dwi-ekonomi di Tanah Melayu.

8. Apakah usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk menghapuskan dwiekonomi di negara kita?



Contoh Jawapan: 

Apakah ciri ekonomi industri?
·         Dijalankan untuk diperdagangkan
·         Pengeluaran adalah dalam skala yang besar 
·         Menggunakan sumber buruh yang banyak
·         Modal yang besar
·         Teknologi yang lebih tinggi
·         Pasaran yang lebih luas  

Pada pendapat anda, mengapa penggunaan kapal korek dapat menyumbang perkembangan perlombongan bijih timah?
·         Penggunaan teknologi yang lebih moden
·         Penghasilan bih timah yang lebih banyak dan menguntungkan
·         Kapal korek boleh digunakan dengan selamat di kawasan berpaya
·         Mampu memisahkan bijih timah dari tanah dengan cepat

Apakah sebab-sebab pemodal cina memajak lombong-lombong bijh timah daripada pembesar melayu?
·         Memastikan bekalan tidak terputus
·         Harga pemajakan lombong bijih timah adalah murah
Mengapakah para pembesar melayu tidak berjaya membekalkan bijih timah yang secukupnya akibatnya bergantung kepada orang melayu?
·         Cara pengeluaran orang melayu tidak membuahkan hasil yang banyak
·      Keterlibatan orang melayu dalam perlombongan bijih timah adalah secara sambilan 

Mengapakah pihak British melibatkan diri secara besar-besaran dalam perlombongan bijih timah pada awal abad ke-20?
·         Pemodal Eropah mendapat sokongan daripada kerajaan British
·         Mereka mempunyai model yang besar  

Pada pandangan anda, mengapakah pelabur Eropah berjaya menandingi pelombong Cina dalam industri perlombongan bijih timah di Tanah Melayu pada awal abad ke-20?              
·         Mempunyai modal yang banyak 
·         Pengeluaran berasaskan intensif modal
·         Mereka menggunakan teknologi kapal korek.
·         Aktiviti perlombongan dijalankan secara skala besar.
·         Pembesar memajakkan tanah lombong kepada pelabur Eropah
·         Enakmen / undang-undang lebih memihak kepada pemodal Eropah.
                                                                          
Nyatakan keadaan yang menyebabkan wujudnya dwi-ekonomi di Tanah Melayu. 
·         Perdagangan berkembang pesat di pelabuhan utama di Tanah Melayu.
·         Dasar British menyebabkan wujudnya dwi-ekonomi.
·         British memajukan kawasan yang subur dan kaya dengan bijih timah.
·         Membiarkan ekonomi dagangan dikuasai orang Eropah dan Cina.
·         British mahu kekalkan orang Melayu sebagai petani.
·         British meminggirkan ekonomi tradisional di luar bandar.
·         Masyarakat Melayu masih terikat dengan ekonomi sara diri.
·         British memberi tumpuan ekonomi di pantai Barat.

Apakah usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk menghapuskan dwiekonomi di negara kita? 
·         Memajukan ekonomi luar bandar
·         Menggalakkan masyarakat luar bandar menceburi ekonomi dagangan
·         Memberi bantuan modal untuk memajukan pertanian
·         Menambahkan kecekapan pemasaran supaya hasil petani dapat dipasarkan
·         Meningkatkan penggunaan teknologi moden

No comments:

Post a Comment