Monday 31 August 2015

Kesan-kesan Perkembangan Perlombongan Bijih Timah

Kesan-kesan Perkembangan Perlombongan Bijih Timah

Perlombongan bijih timah merupakan aktiviti utama yang diusahakan oleh pihak British di Tanah Melayu. Tujuan pihak British mengusahkan perlombongan bijih timah adalah untuk mengaut kekayaan Tanah Melayu kerana negara Eropah memerlukan bijih timah dengan banyak selepas terciptanya teknologi mengetin makanan. Pada masa itu, Revolusi Perindustrian telah berlaku. Pihak British telah menggunakan pelbagai cara untuk memajukan sektor dan sektor perlombongan bijih timah. Antaranya ialah pihak British memperkenalkan teknologi baru, menggalakkan pemodal asing untuk melabur di Tanah Melayu dan membawa masuk buruh-buruh dari negara China. Kemajuan dalam sektor perlombongan bijih timah telah mendatangkan pelbagai kesan sama ada dari segi ekonomi, politik mahupun sosial.

Keadaan politik yang tidak stabil di negeri-negeri ini telah memberi kesempatan kepada British untuk campur tangan dalam menyelesaikan masalah perebutan mereka. Akhirnya, pihak British telah memaksa sultan-sultan Melayu menandatagani perjanjian. Contohnya, perebutan kawasan pemerintah antara Dato Bandar dan Dato Kelana yang berpunca daripada kuasa pengutipan cukai di tempat perlombongan bijih timah. Dasar campur tangan British telah membentuk Sistem Residen dan kemudiannya Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Selepas perjanjian Pangkor 1874 ditandatangani, British terus menguasai perlombongan bijih timah di Tanah Melayu.

Kemasukan buruh Cina telah menambahkan bilangan penduduk Tanah Melayu. Di samping itu kemasukan buruh Cina juga menunjukkan bermulanya proses pembentukan masyarakat majmuk di negara ini. Kedatangan masyarakat Melayu ke Tanah Melayu akhirnya telah membentuk satu masyarakat baru iaitu Baba Nyonya dan Cina Muslim. Kewujudan masyarakat luar juga telah mencorakkan perspektif masyarakat Melayu, membentuk budaya baru, mempertingkatkan daya saing dalam sektor ekonomi, melahirkan dimensi baru struktur politik rakyat dan sebagainya. Pada hari ini, masyarakat majmuk di Malaysia terjadi secara tidak sengaja.

Konflik perkauman memang tidak dapat dielakkan apabila terdapat golongan atau kumpulan manusia yang mempunyai beberapa ciri kesamaan seperti biologi atau budaya. Mereka akan cuba mempertahankan golongan masing-masing dan pada masa yang sama menindas kaum lain. Ternyata, perbezaan warna kulit dan budaya telah menyebabkan konflik yang berpunca dari ketidakadilan dan rasa tidak puas hati antara manusia. Kurniaan Tuhan supaya setiap kaum berbangga dengan keunikan fizikal masing-masing juga telah dijadikan punca perbalahan antara kaum. Sungguhpun konflik etnik dan ras telah pun wujud sejak awal kewujudan manusia. Namun ia masih berlarutan sehingga hari ini membuktikan kepada manusia sejagat bahawa ketegangan suku kaum telah membawa kepada keganasan dan konfrontasi.

Kemajuan pesat perusahaan bijih timah dan getah secara langsung meningkatkan pendapatan dan kemajuan ekonomi Tanah Melayu. Perkembangan perusahaan bijih dan getah juga telah memperkenalkan beberapa teknologi baru seperti kapal korek yang berkeupayaan tinggi dalam mengeluarkan bijih timah yang banyak.Perusahaan bijih timah telah mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk Tanah Melayu dalam bidang pengurusan, perkeranian, pengangkutan, perkilangan dan sebagai buruh kasar di lombong.

Antara kesan utama kehadiran imigran Cina boleh dikatakan masyarakat imigran yang menguntungkan masyarakat peribumi orang Melayu yang sebelum ini mengamalkan sistem ekonomi sederhana. Hal ini disebabkan orang Melayu mula sedar dan mula bersaing untuk sama-sama menikmati hasil bumi mereka sendiri yang ketika itu kebanyakan dinikmati oleh golongan imigran seperti India dan Cina.

Namun tidak dapat dinafikan terdapat kesan negatif ke atas kedatangan imigran cina di Tanah Melayu. Banyak Kongsi Gelap di Tanah Melayu berasal dari negara China dan dibawa ke sini oleh imigran Cina. Kongsi gelap dihubungkan dengan ajaran konfusiusme, Buddhaisme dan Taoisme.  Penubuhan kongsi gelap ini telah menimbulkan konflik antara kumpulan yang ketara sehingga mencetuskan pergaduhan dan menyebabkan suasana yang tidak aman dan genting di Tanah Melayu. (Mohd Isa Othman, 1999).

Selain itu, dasar pecah perintah tidak membantu masyarakat Melayu untuk menghadapi atau menyesuaikan diri dengan kehidupan ekonomi moden. Walaupun berkembang pesat tetapi mereka masih meneruskan kegiatan ekonomi secara tradisional. Ekoran daripada peristiwa tersebut kerajaan telah merangka satu dasar bersepadu iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB) selepas peristiwa 13 Mei 1969.

Dalam konteks masyarakat majmuk, kesan penjajahan British ialah mewujudkan daerah-daerah petempatan dan fungsi ekonomi mengikut kaum. Situasi ini masih berlaku sehingga ke hari ini. Orang Melayu dilabelkan sebagai kaum petani dan tinggal di kampung-kampung tradisional. Kaum Cina pula dilabelkan sebagai kaum peniaga dan tinggal di bandar-bandar dan pekan-pekan. Hal ini berlaku sehingga wujudnya satu istilah yang menggambarkan orang Cina di sesuatu kawasan petempatan iaitu ‘pekan cina’. Kaum India pula kebanyakan tinggal dalam kelompok mereka di ladang-ladang ataupun estet-estet. Pengkelasan ini nyata sangat tidak berpatutan kerana telah memecahbelahkan masyarakat yang ada.

Perkembangan bijih timah telah menyebabkan wujudnya dwi-ekonomi di Tanah Melayu. Dasar British yang memberi tumpuan ekonomi di pantai Barat telah menyebabkan kewujudan dwi-ekonomi. Perdagangan berkembang pesat di pelabuhan utama di Tanah Melayu dan membiarkan ekonomi dagangan dikuasai orang Eropah dan Cina. British meminggirkan ekonomi tradisional di luar bandar kerana British mahu kekalkan orang Melayu sebagai petani. Pada masa itu, masyarakat Melayu juga masih terikat dengan ekonomi sara diri.

Antara kesan berlakunya kemasukan imigran cina ke Tanah Melayu ialah wujudnya sistem ekonomi moden berteraskan industri buruh. Apabila British membawa masuk kaum cina untuk berkhidmat dalam sektor ekonomi yang lebih komersial, ekonomi Tanah Melayu menjadi lebih terkehadapan dan moden. Bagi ekonomi komersial, tanaman getah giat dijalankan. Kemasukan buruh cina diakui telah meningkatkan hasil bumi Tanah Melayu yang sebelum ini lebih banyak tanah dibiarkan. Kemasukan imigran Cina juga telah menyebabkan banyak lombong bijih timah terpaksa dibuka dan Tanah Melayu menjadi pengeluar bijih timah terbesar di dunia. Hal ini berlaku kerana kos buruh dapat dijimatkan berikutan gaji yang dibayar kepada buruh dari China adalah murah.

Perkembangan sektor perlombongan telah mewujudkan perbandaran. Perkembangan pekan kecil atau kampung kepada sebuah bandar kerana kegiatan ekonominya. Bandar-bandar ini berfungsi sebagai pusat pentadbiran, pusat perbankan, pusat perniagaan dan dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan. Di samping itu, sistem pengangkutan dan perhubungan telah dimajukan. Pembinaan landasan keretapi telah mempercepatkan penghantaran hasil perlombongan seperti bijih timah ke pelabuhan untuk dieksport. Antara landasan keretapi yang telah dibina ialah perhubungan Port Weld ke Taiping pada tahun 1885 dan 1889 dari kawasan perlombongan Kuala Lumpur ke Port Swettenham. Jalan raya berturap telah dibina menggantikan tanah merah dan jalan denai. Telegraf, telefon, perkhidmatan pos, radio dan perkhidmatan udara juga diperkenalkan.

Ekoran daripada perkembangan ekonomi, institusi kewangan telah diperkenalkan oleh penjajah. Wang kertas telah dikeluarkan pada tahun 1906 oleh Lembaga Pesuruh Jaya Wang. Beberapa bank Eropah diwujudkan, antaranya ialah Mercantile Bank dan The Chartered Bank. Beberapa bank tempatan kemudiannya diwujudkan seperti Malay National Banking Corporation Berhad, Kwong Yik Bank dan Bank Of Malaya. Perkhidmatan insurans penting ekoran perkembangan pengangkutan laut yang menjadi pengangkutan utama untuk membawa barangan dagangan. Syarikat insurans di Tanah Melayu hanya bertindak sebagai wakil syarikat insurans yang berpejabat di luar negara. Insurans kebakaran menjadi penting apabila sering berlaku kebakaran.

Kesan seterusnya ialah mewujudkan jurang kemiskinan yang luas antara masyarakat bandar dan masyarakat luar bandar. Dwiekonomi telah diwujud dimana keadaan ekonomi moden dan pesat membangun di kawasan bandar manakala ekonomi tradisional di luar bandar. Kesan yang paling serius ialah wujud jurang ekonomi antara kaum melayu dengan bukan melayu. Pola perbezaan ekonomi mengikut kaum dan tempat ini menimbulkan masalah ekonomi yang tidak seimbang selepas merdeka.

Kesimpulannya, perkembangan perusahaan bijih timah adalah asas pembentukan ekonomi yang berbentuk komersial di Tanah Melayu pada abad ke-19 dan ke-20. Perkembangan kedua-dua perusahan ini bukan saja membantu perkembangan ekonomi bahkan membantu meningkatkan taraf hidup penduduk Tanah Melayu.

37 comments:

  1. how about kesan perkembangan perlombong bijih timah tentang diri?

    ReplyDelete
  2. Thank you for the info you gave us....

    ReplyDelete
  3. too precious
    very helpful
    thank you so much
    love it!!!

    ReplyDelete
  4. I tak dapat pasal keuntungan yang didapati kuasa barat dalam perlombongan bijih timah

    ReplyDelete
  5. thank you..this informations are really useful !!!

    ReplyDelete
  6. boleh tak post menghuraikan kemajuan negeri perak dari segi politik,sosial dan ekonomi.sebab i really need it
    kerja khursus sejarah untuk pt3..please reply secepat mungkin.

    ReplyDelete
  7. pls share about 'kepentingan bijih timah kpd kuasa asing'

    ReplyDelete
  8. please share about 'kesan drpd perkembangan ekonomi bijih timah kpd bandar klang'

    ReplyDelete
  9. Thankyou sangat²! Membantu dlm maklumat kerja kursus sejarah❤

    ReplyDelete
  10. Thankyou sangat²! Membantu dlm maklumat kerja kursus sejarah❤

    ReplyDelete
  11. thnks...because help me for my pt3

    ReplyDelete
  12. Thanks for this info..i very appreciate

    ReplyDelete
  13. Yas tahu ii dak ii smk seri pantai la ni, so,ni untuk kelas 3A,3B,3D,3E macam kenal jeww...

    ReplyDelete
  14. Ok terima kasih. Ni boleh jadi rujukan untuk kerja khusus sejarah.

    ReplyDelete
  15. Thank u for the information..dakk2 pt3 uolsss

    ReplyDelete
  16. Saya nak Tanya tentang Dari Segi Pendidikan ade tak??.. saya tak jumpa isi Dari Segi Pendidikan..

    ReplyDelete
  17. Membantu dalam soalan yg diberikan oleh guru

    ReplyDelete
  18. THANK YOU SO MUCH FOR THE INFO ITS SO USEFUL FOR ME

    ReplyDelete
  19. Pls share knp kita perlu menghargai bijih timah pada masa ini..

    ReplyDelete