Monday 31 August 2015

Faktor-faktor Perkembangan Bijih Timah

Faktor-faktor Perkembangan Perlombongan Bijih Timah

Image result for bijih timah
Bijih Timah

Campur tangan British di Negeri-negeri Melayu pada tahun 1874 telah menyebabkan berlakunya ekonomi komersial. Ekonomi komersial bererti kegiatan ekonomi yang tidak hanya memenuhi keperluan kehidupan seharian tetapi juga merupakan kegiatan ekonomi yang diperlukan untuk menjadi asas kepada pertukaran dan penjualan barangan. Ciri-ciri ekonomi komersial ialah:

·         Dijalankan untuk diperdagangkan
·         Pengeluaran adalah dalam skala yang besar
·         Menggunakan sumber buruh yang banyak
·         Modal yang besar
·         Teknologi yang lebih tinggi
·         Pasaran yang lebih luas

Ekonomi komersial Tanah Melayu dimulakan dengan perkembangan perusahan bijih timah diikuti dengan perusahaan getah. Kedua-dua perusahaan ini menjadi nadi dan sumber pendapatan utama Tanah Melayu sehingga abad ke 20. Pada akhir kurun ke-19, Tanah Melayu merupakan penyumbang utama bijih timah dunia iaitu sebanyak 55%. Terdapat faktor-faktor perkembangan perlombongan bijih timah. Antaranya ialah:

A)Revolusi Perindustrian Di Eropah
Perkembangan Revolusi Perusahaan sejak awal abad ke-19 telah menyebabkan permintaan bijih timah oleh industri-industri di Eropah dan Amerika Syarikat meningkat. Bijih timah diperlukan dengan banyak selepas terciptanya teknologi mengetin makanan oleh Peter Durar dan Nicholas Appot pada tahun 1810. Permintaan bijih timah juga meningkat akibat dari berlakunya Perang Saudara Amerika pada tahun 1860-an di mana bijih timah diperlukan untuk mengetin makanan tentera yang terlibat dalam peperangan. Permintaan yang bertambah menyebabkan harga bijih timah meningkat kepada 7 paun 12 sherling 9 pence pada tahun 1872. Harga yang meningkat telah menggalakkan pengeluaran bijih timah di Tanah Melayu. Permintaan terhadap bijih timah juga meningkat kerana bijih timah mempunyai kualiti-kualiti tertentu yang tidak terdapat pada logam-logam lain. Apabila bijih timah dicampurkan dengan logam lain, ianya akan menambahkan kegunaan logam tersebut.

B) Kemasukan Pemodal-pemodal Cina Dari Negeri-negeri Selat
Kemasukan pemodal-pemodal Cina dari Negeri-negeri Selat telah mendorong perkembangan perlombongan bijih timah. Mereka terdiri daripada pedagang-pedagang Negeri-negeri Selat seperti Chi Yam, Chuan dan Tan Kim Ching. Menjelang tahun 1873, sejumlah $1 juta telah dilabur oleh pedagang Negeri-negeri Selat. Pemodal–pemodal Cina telah memperkenalkan teknik baharu dalam perlombongan bijih timah seperti cara hidro dan lombong dedah.

C) Dasar Campur Tangan British
Campur tangan British dan pelaksanaan Sistem Residen sejak tahun 1874 di negeri-negeri yang kaya dengan bijih timah seperti Perak dan Selangor telah menamatkan kekacauan seperti pergaduhan di antara pembesar, pergaduhan antara pelombong Cina, lanun dan sebagainya. Keamanan dan peraturan yang wujud serta kestabilan politik telah membolehkan kegiatan perlombongan bijih timah dijalankan tanpa gangguan. Selain itu, keadaan ini telah menarik pelabur-pelabur sama ada dari Tanah Melayu atau seberang laut untuk menambah modal dalam perusahaan bijih timah di Tanah Melayu.

D) Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu Pada Tahun 1896
Pengenalan sistem Residen dan Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896 yang menggabungkan Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah berjaya mewujudkan keseragaman dalam Undang-undang Tanah, cukai dan sebagainya di negeri-negeri tersebut. Keseragaman dan kecekapan dalam pentadbiran, keamanan serta kestabilan akibat penubuhan persekutuan telah membolehkan kegiatan perlombongan bijih timah dapat dijalankan dengan lebih giat. Kemasukan buruh Cina di negeri Perak dan Selangor pada pertengahan abad ke-19 telah menyebabkan perkembangan pesat perlombongan bijih timah. Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu juga telah ammenarik rai pelabur terutama dari Eropah untuk menanam modal di Tanah Melayu.

E) Dasar British yang liberal
Dasar British yang liberal terhadap kemasukan imigran-imigran juga memberi sumbangan terhadap perusahaan bijih timah. British bukan sahaja tidak menyekat kemasukan imigran malah menggalakkan lagi kedatangan mereka. Buktinya, British telah menandatangani perjanjian dengan pemilik kapal dan saudagar-saudagar Cina di mana British akan memberi subsidi sebanyak $5 terhadap tiap-tiap imigran Cina yang dibawa masuk ke Tanah Melayu. Untuk menggalakkan kedatangan orang Cina, British menyediakan pelbagai kemudahan. Pada tahun 1877, Jabatan Perlindungan Orang-orang Cina telah ditubuhkan bagi mengurus hal-ehwal orang Cina terutamanya yang berkaitan dengan kemasukan, pekerjaan, perlindungan dan sebagainya. Untuk mendapat keyakinan orang Cina, Jabatan Perlindungan Orang-orang Cina diketuai oleh W.A. Pickering yang dapat bertutur dalam 4 jenis dialek Cina.
F) Kaedah Melombong Bijih Timah Yang Lebih Moden


Kapal Korek

Teknologi yang baharu diperkenalkan oleh syarikah-syarikat Eropah awal kurun ke-20. Selepas tahun 1888, pelombong Cina telah menggunakan alat perlombongan Barat seperti enjin wap dan pam untuk mengerjakan perlombongan bijih timah. Menjelang akhir abad ke-19 pam kerikil telah digunakan dalam kerja-kerja perlombongan bijh timah. Selepas tahun 1880-an, kapal korek telah diperkenalkan oleh pihak British. Hal ini disebabkan penggunaan kapal korek boleh menghasilkan lebih banyak bijih timah. Penggunaan kapal korek telah menambahkan pengeluaran bijih timah kerana kapal korek dapat digunakan di kawasan di mana teknik-teknik lain tidak dapat digunakan terutama kawasan berpaya. Pada tahun 1912 kapal korek pertama kali digunakan oleh Syarikat Malayan Tin Dredging di Batu Gajah, Perak. Pada tahun 1929 terdapat 107 buah kapal korek di Tanah Melayu manakala 1930-an Eropah telah menguasai perusahaan bijih timah sebanyak 68%.

G) Perkembangan Dalam Bidang Pengangkutan Dan Komunikasi
Perkembangan pesat telah berlaku dalam bidang pengangkutan dan komunikasi setelah tahun 1895. Pembinaan sistem perhubungan jalan raya dan kereta api telah memudahkan pengangkutan bijih timah dari kawasan perlombongan ke pelabuhan utama untuk dieksport. Kemudahan perkhidmatan kereta api bukan sahaja memudahkan pengangkutan bijih timah tetapi juga melicinkan proses pengimportan barangan makanan dan alat-alat jentera perlombongan.

·         Pada tahun 1885: Taiping dengan Port Weld
·         Pada tahun 1886:  Kuala Lumpur  dengan Kelang
·         Pada tahun 1891: Port Dickson dengan Seremban
·         Pada tahun 1893: Ipoh dengan Teluk Anson
·         Pada tahun 1903: Perai ke Seremban
·         Pada tahun 1909: Disambungkan ke Johor Bahru

Pada tahun 1901, jalan raya telah siap dibina yang menghubungkan semua negeri-negeri pantai barat. Pada tahun 1911, sudah terdapat jalan raya dari Perai ke Singapura. Menjelang tahun 1905, kira-kira 2000 batu kabel telegraf telah dibina. Kemajuan pesat dalam bidang ini telah memajukan pelombongan bijih timah.

H) Penubuhan bandar
Penubuhan bandar-bandar di kawasan perlombongan bijih timah telah menyediakan pelbagai kemudahan seperti pejabat kerajaan, klinik, sekolah dan sebagainya. Kemudahan-kemudahan ini telah memberi kebaikan kepada penduduk di kawasan yang perlombongan. Sebagai contoh, kemudahan kesihatan yang disediakan dapat menjamin kesihatan pekerja-pekerja dan kegiatan perlombongan bijih timah dapat dijalankan tanpa gangguan.

I) Kilang pelebur
Pada tahun 1890-an, kilang pelebur telah didirikan di Pulau Pinang dan Singapura. Pembinaan kilang pelebur ini menyebabkan bijih timah tidak perlu dihantar ke Eropah untuk dileburkan. Bijih timah dapat dilebur di Tanah Melayu dan dieksport ke Eropah dan Amerika dalam bentuk jongkong.

Kesimpulannya, perusahaan bijih timah di Tanah Melayu telah berkembang dengan pesat. Pada tahun 1904, Tanah Melayu telah mengeluarkan kira-kira 51 733 tan bijih timah atau separuh daripada keluaran dunia. Pada tahun 1929, hasil keluarannya bertambah kepada 70 000 tan tetapi selepas tahun tersebut iaitu akibat kemelesetan ekonomi dunia, Tanah Melayu hanya menyumbang kira-kira 33% sahaja daripada keluaran timah duinia. Amerika Syarikat merupakan negara pengimport utama bijih timah Tanah Melayu.

42 comments:

  1. Thanks for helping in my Sejarah folio

    ReplyDelete
  2. thank you for the info :) <3

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Kebaikan memajukan bekas lombong?

    ReplyDelete
  5. Thank You For The Information And Help Me With My Project Form 3!

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. thanks
    this helps my sejarah folio alot

    ReplyDelete
  8. Weeks quid quid quid Wiz arks quiz wind Aug six divines xd day very omni day you ufdhsjdjdjjdhfbfhxhzjsjejdjdbdbxbxb xbdbdbdbd x Blvd being hunting bring hulk Dec bing sets down hip for no fun bio video RSS be by Essa van ex van DC vdg ex Vu van ex have 3rd day hi g WA y WA g WA g WA get WA g WA fever Vu so FYI don't FYI even FYI got ex girlfriend ex girlfriend ex girlfriend ex girlfriend Essa got Essa FYI very AZ c AZ for WA shy WA go AZ WA awe AZ waxedHats HIV cuz cock coco sick starter such sick flattish chick coco duff Duffy dig fistfight dyslexic furn gads disk app so stop so do do do so do so so so so so do so do so do so so so so do do do go go do do so do do do do do zip do do do do so so do do do so do go do do do do do do so do so so do go

    ReplyDelete
  9. THANK FOR HELPINGπŸ˜€πŸ˜€

    ReplyDelete
  10. terima kasih sebab menolong saya siapkan kerja sejarah

    ReplyDelete
  11. i need kesan pembukaan bandar di kuala lumpur,faktor-faktor pembukaan bandar di kuala lumpur and latar belakang kuala lumpur

    ReplyDelete
  12. I WANT FULL INFORMATION PLS

    ReplyDelete
  13. Tq sbb siapkan hw sj sy! 😊

    ReplyDelete
  14. Mana nak cari NILAI HASIL PERLOMBONGAN BIJIH TIMAH DALAM PASARAN?...

    ReplyDelete