Monday 31 August 2015

Perlombongan Bijih Timah Sebelum Dan Selepas Merdeka

Perlombongan Bijih Timah 
Sebelum Dan Selepas Merdeka

Bijih Timah

Berbanding dengan perladangan getah, perlombongan bijih timah lebih awal berkembang di Tanah Melayu. Perusahaan bijih timah merupakan perusahaan yang tertua dan bahan eksport utama di Tanah Melayu. Seiring dengan peredaran zaman dan perubahan teknologi, aktiviti perlombongan bijih timah telah berkembang pesat dan ini didorong oleh pelbagai faktor dalaman dan luaran. Hasilnya, pengeluaran bahan galian ini terus meningkat dari tahun ke tahun.


Contoh-contoh Kawasan Perlombongan Bijih Timah
Pengeluaran bijih timah dijalankan secara kecil-kecilan sehingga pertengahan abad ke-19. Negeri Perak merupakan pengeluar yang terbesar pada masa itu. Sebelum tahun 1820, perlombongan bijih timah diusahakan oleh orang Melayu secara tradisional dengan menggunakan kaedah mendulang dan melampan.  Para pembesar tidak berjaya membekalkan bijih timah yang secukupnya akibat bergantung kepada orang melayu kerana cara pengeluaran orang melayu tidak membuahkan hasil yang banyak dan keterlibatan orang melayu dalam perlombongan bijih timah adalah secara sambilan sahaja.

Penguasaan pembesar melayu terhadap sektor perlombongan bijih timah dapat dilihat melalui beberapa perkara. Antaranya ialah pengusaha dari Cina mesti mendapatkan kebenaran daripada pembesar melayu untuk mengusahakan perlombongan terlebih dahulu, pembesar melayu pula akan memastikan hasil bijih timah yang dilombong dan dijual semula kepada mereka serta harga bijih timah akan ditentu oleh pembesar melayu sendiri.


Oleh itu, saudagar-saudagar cina dari Negeri Selat mengadakan perjanjian dengan pembesar melayu untuk mendapatkan kebenaran melombong bijh timah di lombong timah. Pada tahun 1820, orang Cina dibawa masuk bekerja di lombong bijih timah kepunyaan pembesar melayu di daerah Lukut, Sungai Ujong, Larut dan Klang. Perlombongan bijih timah dikuasai sepenuhnya oleh orang-orang cina sehingga tahun 1912.

Lombong Dedah

Perlombongan bijih timah semakin berkembang dengan penglibatan orang Cina. Orang Cina juga memperkenalkan sistem lombong dedah, pam kelikir dan palung. Pada akhir kurun ke-19 orang Cina menguasai kegiatan melombong bijih timah.

Tahun
Pemodal Eropah
Pemodal China
1910
22 %
78 %
1915
28 %
72 %
1920
36 %
64 %
1925
44 %
56 %
1930
63 %
37 %
1935
66 %
34 %
1937
68 %
32 %

Berdasarkan jadual di atas, didapati bahawa penguasaan pemodal dari China dalam sektor bijih timah terus merosot pada abd ke-20 terutama semasa pengenalan kapal korek.

Penglibatan pihak British dalam perlombongan bijh timah hanya berlaku pada awal abad ke-20. Penglibatan British secara besar-besaran disebabkan pemodal Eropah mendapat sokongan kerajaan British untuk melibatkan diri dalam aktiviti perlombongan bijih timah dan mereka mempunyai modal yang besar. Terdapat juga banyak lombong baru dibuka di Ampang, Kuala Lumpur dan di Lembah Kinta, Perak.

Penguasaan para pembesar Melayu terhadap sektor perlombongan bijih timah mula berubah dengan penglibatan pemodal Eropah. Perusahaan bijih timah berubah daripada intensif buruh kepada intensif modal. Pemodal Eropah mula menguasai perlombongan bijih timah akibat kaedah perlombongan bijih timah memerlukan modal yang besar. Pemodal-pemodal memajak lombong-lombong daripada pembesar-pembesar melayu untuk memastikan bekalan tidak terputus dan juga harga pemajakan lombong bijih timah adalah murah. Menjelang tahun 1937, pemodal Eropah telah menguasai industri perlombongan bijih timah dengan mengeluarkan lebih daripada 70% bijih timah di Tanah Melayu.

Penubuhan syarikat melebur timah telah meninggikan mutu pengeluaran bijih timah. Penubuhan Eastern Smelting Company dan Straits Trading Company telah melicinkan proses perlombongan bijih timah. Menjelang tahun 1915, beberapa buah syarikat telah membuat pelaburan secara besar-besaran. Antaranya ialah Societes des Mines d’Etains, Gopeng Consolidated dan Australian Austral Malay. Syarikat tersebut telah memperkenalkan teknologi moden seperti perlombongan hidraulik dan kapal korek. Peningkatan ini telah meningkatkan pengeluaran dan mutu bijih timah. Kelebihan yang ada pada pedagang Eropah telah menyebabkan mereka berjaya menguasai sektor perlombongan bijih timah di Tanah Melayu pada abad ke-20.

Pihak British telah terlibat secara lansung dalam perkembangan perlombongan bijih timah. Pihak British telah memberikan kawasan yang luas dalam bentuk pajakan kepada pemodal Eropah untuk menjalankan kegiatan perlombongan bijih timah. Di samping itu, pihak British juga memberikan khidmat mengukur tanah bagi pelombong untuk mempercepatkan urusan pemajakan tanah.

Seterusnya, beberapa enakmen dan undang-undang telah digubal dan diluluskan untuk mewujudkan penguasaan kerajaan Kolonial British pada semua peringkat perusahaan melombong bijih timah. Terdapat juga pembesar melayu yang mengambil jalan mudah untuk mendapatkan keuntungan dengan memajak lombong-lombong mereka kepada saudagar-saudagar Cina dari Negeri-negeri Selat disebabkan para pembesar tidak berupaya menyediakan modal.


Pada peringkat awal, perlombongan bijih timah dikuasai oleh pemodal cina sahaja. Selepas Perang Dunia Pertama, pemodal Eropah hanya menguasai 22 peratus sahaja. Menjelang tahun 1937 pemodal Eropah telah mengatasi pemodal Cina dengan nisbah 63 peratus: 32 peratus. 


Kesimpulannya, masyarakat haruslah sentiasa bersedia mengumpul modal, menguasai teknologi, berpengetahuan, bertindak positif dan mempunyai perancangan jangka panjang yang jelas. Penguasaan dalam semua aspek akan membolehkan ekonomi negara terus maju dan mempunyai daya saing yang tinggi apabila menghadapi cabaran globalisasi.

Faktor-faktor Perkembangan Bijih Timah

Faktor-faktor Perkembangan Perlombongan Bijih Timah

Image result for bijih timah
Bijih Timah

Campur tangan British di Negeri-negeri Melayu pada tahun 1874 telah menyebabkan berlakunya ekonomi komersial. Ekonomi komersial bererti kegiatan ekonomi yang tidak hanya memenuhi keperluan kehidupan seharian tetapi juga merupakan kegiatan ekonomi yang diperlukan untuk menjadi asas kepada pertukaran dan penjualan barangan. Ciri-ciri ekonomi komersial ialah:

·         Dijalankan untuk diperdagangkan
·         Pengeluaran adalah dalam skala yang besar
·         Menggunakan sumber buruh yang banyak
·         Modal yang besar
·         Teknologi yang lebih tinggi
·         Pasaran yang lebih luas

Ekonomi komersial Tanah Melayu dimulakan dengan perkembangan perusahan bijih timah diikuti dengan perusahaan getah. Kedua-dua perusahaan ini menjadi nadi dan sumber pendapatan utama Tanah Melayu sehingga abad ke 20. Pada akhir kurun ke-19, Tanah Melayu merupakan penyumbang utama bijih timah dunia iaitu sebanyak 55%. Terdapat faktor-faktor perkembangan perlombongan bijih timah. Antaranya ialah:

A)Revolusi Perindustrian Di Eropah
Perkembangan Revolusi Perusahaan sejak awal abad ke-19 telah menyebabkan permintaan bijih timah oleh industri-industri di Eropah dan Amerika Syarikat meningkat. Bijih timah diperlukan dengan banyak selepas terciptanya teknologi mengetin makanan oleh Peter Durar dan Nicholas Appot pada tahun 1810. Permintaan bijih timah juga meningkat akibat dari berlakunya Perang Saudara Amerika pada tahun 1860-an di mana bijih timah diperlukan untuk mengetin makanan tentera yang terlibat dalam peperangan. Permintaan yang bertambah menyebabkan harga bijih timah meningkat kepada 7 paun 12 sherling 9 pence pada tahun 1872. Harga yang meningkat telah menggalakkan pengeluaran bijih timah di Tanah Melayu. Permintaan terhadap bijih timah juga meningkat kerana bijih timah mempunyai kualiti-kualiti tertentu yang tidak terdapat pada logam-logam lain. Apabila bijih timah dicampurkan dengan logam lain, ianya akan menambahkan kegunaan logam tersebut.

B) Kemasukan Pemodal-pemodal Cina Dari Negeri-negeri Selat
Kemasukan pemodal-pemodal Cina dari Negeri-negeri Selat telah mendorong perkembangan perlombongan bijih timah. Mereka terdiri daripada pedagang-pedagang Negeri-negeri Selat seperti Chi Yam, Chuan dan Tan Kim Ching. Menjelang tahun 1873, sejumlah $1 juta telah dilabur oleh pedagang Negeri-negeri Selat. Pemodal–pemodal Cina telah memperkenalkan teknik baharu dalam perlombongan bijih timah seperti cara hidro dan lombong dedah.

C) Dasar Campur Tangan British
Campur tangan British dan pelaksanaan Sistem Residen sejak tahun 1874 di negeri-negeri yang kaya dengan bijih timah seperti Perak dan Selangor telah menamatkan kekacauan seperti pergaduhan di antara pembesar, pergaduhan antara pelombong Cina, lanun dan sebagainya. Keamanan dan peraturan yang wujud serta kestabilan politik telah membolehkan kegiatan perlombongan bijih timah dijalankan tanpa gangguan. Selain itu, keadaan ini telah menarik pelabur-pelabur sama ada dari Tanah Melayu atau seberang laut untuk menambah modal dalam perusahaan bijih timah di Tanah Melayu.

D) Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu Pada Tahun 1896
Pengenalan sistem Residen dan Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896 yang menggabungkan Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah berjaya mewujudkan keseragaman dalam Undang-undang Tanah, cukai dan sebagainya di negeri-negeri tersebut. Keseragaman dan kecekapan dalam pentadbiran, keamanan serta kestabilan akibat penubuhan persekutuan telah membolehkan kegiatan perlombongan bijih timah dapat dijalankan dengan lebih giat. Kemasukan buruh Cina di negeri Perak dan Selangor pada pertengahan abad ke-19 telah menyebabkan perkembangan pesat perlombongan bijih timah. Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu juga telah ammenarik rai pelabur terutama dari Eropah untuk menanam modal di Tanah Melayu.

E) Dasar British yang liberal
Dasar British yang liberal terhadap kemasukan imigran-imigran juga memberi sumbangan terhadap perusahaan bijih timah. British bukan sahaja tidak menyekat kemasukan imigran malah menggalakkan lagi kedatangan mereka. Buktinya, British telah menandatangani perjanjian dengan pemilik kapal dan saudagar-saudagar Cina di mana British akan memberi subsidi sebanyak $5 terhadap tiap-tiap imigran Cina yang dibawa masuk ke Tanah Melayu. Untuk menggalakkan kedatangan orang Cina, British menyediakan pelbagai kemudahan. Pada tahun 1877, Jabatan Perlindungan Orang-orang Cina telah ditubuhkan bagi mengurus hal-ehwal orang Cina terutamanya yang berkaitan dengan kemasukan, pekerjaan, perlindungan dan sebagainya. Untuk mendapat keyakinan orang Cina, Jabatan Perlindungan Orang-orang Cina diketuai oleh W.A. Pickering yang dapat bertutur dalam 4 jenis dialek Cina.
F) Kaedah Melombong Bijih Timah Yang Lebih Moden


Kapal Korek

Teknologi yang baharu diperkenalkan oleh syarikah-syarikat Eropah awal kurun ke-20. Selepas tahun 1888, pelombong Cina telah menggunakan alat perlombongan Barat seperti enjin wap dan pam untuk mengerjakan perlombongan bijih timah. Menjelang akhir abad ke-19 pam kerikil telah digunakan dalam kerja-kerja perlombongan bijh timah. Selepas tahun 1880-an, kapal korek telah diperkenalkan oleh pihak British. Hal ini disebabkan penggunaan kapal korek boleh menghasilkan lebih banyak bijih timah. Penggunaan kapal korek telah menambahkan pengeluaran bijih timah kerana kapal korek dapat digunakan di kawasan di mana teknik-teknik lain tidak dapat digunakan terutama kawasan berpaya. Pada tahun 1912 kapal korek pertama kali digunakan oleh Syarikat Malayan Tin Dredging di Batu Gajah, Perak. Pada tahun 1929 terdapat 107 buah kapal korek di Tanah Melayu manakala 1930-an Eropah telah menguasai perusahaan bijih timah sebanyak 68%.

G) Perkembangan Dalam Bidang Pengangkutan Dan Komunikasi
Perkembangan pesat telah berlaku dalam bidang pengangkutan dan komunikasi setelah tahun 1895. Pembinaan sistem perhubungan jalan raya dan kereta api telah memudahkan pengangkutan bijih timah dari kawasan perlombongan ke pelabuhan utama untuk dieksport. Kemudahan perkhidmatan kereta api bukan sahaja memudahkan pengangkutan bijih timah tetapi juga melicinkan proses pengimportan barangan makanan dan alat-alat jentera perlombongan.

·         Pada tahun 1885: Taiping dengan Port Weld
·         Pada tahun 1886:  Kuala Lumpur  dengan Kelang
·         Pada tahun 1891: Port Dickson dengan Seremban
·         Pada tahun 1893: Ipoh dengan Teluk Anson
·         Pada tahun 1903: Perai ke Seremban
·         Pada tahun 1909: Disambungkan ke Johor Bahru

Pada tahun 1901, jalan raya telah siap dibina yang menghubungkan semua negeri-negeri pantai barat. Pada tahun 1911, sudah terdapat jalan raya dari Perai ke Singapura. Menjelang tahun 1905, kira-kira 2000 batu kabel telegraf telah dibina. Kemajuan pesat dalam bidang ini telah memajukan pelombongan bijih timah.

H) Penubuhan bandar
Penubuhan bandar-bandar di kawasan perlombongan bijih timah telah menyediakan pelbagai kemudahan seperti pejabat kerajaan, klinik, sekolah dan sebagainya. Kemudahan-kemudahan ini telah memberi kebaikan kepada penduduk di kawasan yang perlombongan. Sebagai contoh, kemudahan kesihatan yang disediakan dapat menjamin kesihatan pekerja-pekerja dan kegiatan perlombongan bijih timah dapat dijalankan tanpa gangguan.

I) Kilang pelebur
Pada tahun 1890-an, kilang pelebur telah didirikan di Pulau Pinang dan Singapura. Pembinaan kilang pelebur ini menyebabkan bijih timah tidak perlu dihantar ke Eropah untuk dileburkan. Bijih timah dapat dilebur di Tanah Melayu dan dieksport ke Eropah dan Amerika dalam bentuk jongkong.

Kesimpulannya, perusahaan bijih timah di Tanah Melayu telah berkembang dengan pesat. Pada tahun 1904, Tanah Melayu telah mengeluarkan kira-kira 51 733 tan bijih timah atau separuh daripada keluaran dunia. Pada tahun 1929, hasil keluarannya bertambah kepada 70 000 tan tetapi selepas tahun tersebut iaitu akibat kemelesetan ekonomi dunia, Tanah Melayu hanya menyumbang kira-kira 33% sahaja daripada keluaran timah duinia. Amerika Syarikat merupakan negara pengimport utama bijih timah Tanah Melayu.